Followers

Monday, 21 November 2011

Indon ! ! ! Da Kalah ! Tak Payah Nak Serbuu Bas Orang Lakk ! !

Pemain Malaysia berada di dalam bus terpaksa menanti penuh sabar untuk melepasi ribuan penyokong Indonesia menyebabkan bas yang membawa pemain mengalami kelewatan hampir 40 minit untuk tiba di Stadium Gelora Bung Karno bagi aksi Final Bola Sepak Sukan SEA ke-26. Foto: Osman Adnan (21/11/2011)


JAKARTA: PEMAIN skuad bawah 23 tahun negara terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila 
bas yang mereka naiki diserang oleh penyokong Indonesia ketika cuba memasuki perkarangan Stadium
 Gelora Bung Karno.
Biarpun polis turut mengiringi bas skuad Malaysia itu namun mereka gagal mengawal tindakan ganas 
ribuan penyokong Indonesia yang menanti di pintu masuk stadium itu sebelum perlawanan akhir bola
 sepak Sukan Sea berlang sung.
Turut mengalami nasib yang sama, sebuah lagi bas yang memuatkan penyokong Malaysia dan wakil 
media yang berada di belakang.

Difahamkan skuad negara membuat keputusan untuk tidak menaiki Barracuda ke stadium kerana pihak 
penganjur memberi jaminan keselamatan namun sebaliknya yang berlaku.


Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan itu, ribuan penyokong Indonesia 
berbaju merah mengetuk bas skuad negara dengan menggunakan kayu sambil ada di antara mereka 
mengejek dan menunjukkan isyarat lucah.

Setelah hampir sejam terkandas barulah bas pasukan Ma laysia dan penyokong berjaya memasuki stadium
 dengan selamat.